ARTIKEL

MOHAMAD menyerahkan dokumen projek siap kepada wakil rumah panjang yang kini menerima bekalan elektrik menerusi inisiatif SARES.

Elektrik solar bukti GPS utamakan rakyat luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM2.7 juta bagi memastikan tiga rumah panjang di kawasan Kalaka dibekalkan elektrik menggunakan teknologi solar di bawah Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penggunaan tenaga solar dilihat sangat relevan dan efisien.

“Sehubungan itu, bagi membekalkan elektrik ke Rumah Panjang Rabiah, Rumah Panjang Andrew Kuleh dan Rumah Panjang Patih di sepanjang Jalan Kupang-Bajau, Sarawak Energy Berhad (SEB) menggunakan teknologi solar.

“Sebanyak RM2.7 juta diluluskan Kerajaan Sarawak di bawah inisiatif SARES untuk merealisasikan impian penduduk di rumah panjang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penyerahan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah siap di Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Menurutnya, projek yang bermula sejak 8 Januari 2024 itu siap sepenuhnya pada 8 Julai 2024.

MOHAMAD menyerahkan dokumen projek siap kepada wakil rumah panjang yang kini menerima bekalan elektrik menerusi inisiatif SARES.

“Kini, projek berkenaan sudah dinikmati penduduk… rumah panjang sudah pun bercahaya.

“Saya berharap ini meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar khususnya,” ujarnya.

Mohamad optimis untuk terus meminta SEB menyegerakan beberapa permohonan melibatkan kemudahan utiliti elektrik di seluruh kawasan dalam DUN Kalaka.

Dalam perkembangan berasingan, beliau turut menyaksikan penyerahan gelanggang terbuka Kampung Tengah Perpat yang telah siap dinaik taraf menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Katanya, projek yang siap tersergam indah itu menjadi bukti kukuh bahawa permohonan dan keperluan rakyat luar bandar menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sebagai wakil rakyat, saya sentiasa berusaha memastikan permohonan akar umbi dilaksanakan demi keperluan rakyat,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha