ARTIKEL

CERIA... Pemanah Sarawak meraikan kejayaan memenangi pingat emas.

Emas dari trio memanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Ketinggalan lima mata ketika perlawanan akhir menghampiri penghujung tidak mematahkan semangat trio memanah Sarawak untuk bangkit sebelum meraih pingat emas.

Trio kelahiran Miri, Nur Zara Aisyah, 14, Aira Nadirah, 21, dan Wee Yi Qi, 17, mengumpul 217 mata menewaskan Terengganu yang meraih 213 mata dan membawa pulang perak.

Nur Zara yang berasal dari Luak, Miri, mengakui mereka hampir menerima hakikat untuk sekadar meraih perak sebelum bangkit pada penghujung saingan, katanya ketika ditemui selepas saingan di Stadium INSPEN, petang tadi.

Aira, yang beraksi pada SUKMA terakhirnya berkata, mereka terus memberi tumpuan untuk melakukan yang terbaik walaupun ketinggalan.

“Saya hanya fikir walaupun kami rasa seperti sedang kalah, terus lakukan yang terbaik sehingga tamat,” katanya.

Beliau turut memberi semangat kepada Zara selepas salah satu panahannya tersasar.

Sementara itu, Wee yang berasal dari Piasau berkata mereka kekal fokus dan tidak membiarkan defisit mata menjejaskan prestasi.

Aira berkata, mereka mula berlatih bersama ketika menjalani latihan pusat pada Julai lalu dan turut beraksi dalam beberapa pertandingan di Thailand dan Malaysia.

Kemenangan itu menambah koleksi emas skuad memanah Sarawak yang kini melepasi sasaran dua emas, dua perak dan dua gangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU