ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Empat ahli sindiket along, termasuk seorang wanita hamil tiga bulan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan khianat dengan api terhadap empat mangsa, bulan lepas.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Abdul Halim Mohd Noor, 31, Veeno Chiew Men Ying, 42, dan Nur Azman Hassan, 36, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu bagi maksud hendak menyebabkan kebinasaan kediaman dan kenderaan tiga mangsa di sekitar Ulu Tiram dan Taman Abad di sini, antara 10 Mac hingga 27 Mac lepas.

Pertuduhan kelima pula, Abdul Halim, Chiew dan Liew Choon Kian, 44, didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan api bagi maksud hendak menyebabkan kerosakan kediaman seorang wanita di Ulu Tiram pada 15 Mac lepas.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan 20 tahun masing-masing dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim membenarkan Abdul Halim dan Chiew masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, manakala Nur Azman RM56,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan Liew RM14,000 dengan seorang penjamin bagi satu pertuduhan.
 
Empat tertuduh itu juga dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari dan Sharifah Natasha Syed Ahmad.

Peguam Nur Zafirah Norizan mewakili Abdul Halim, Chiew dan Nur Azman, manakala Liew diwakili peguam, Adrian Lu Chian Chern dan Goh Poh Gek. — BERNAMA

BERITA LAIN

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri

65 murid keracunan lepas makan kuettiau sup

SUNGAI PETANI: Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dekat sini dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi semalam. Yang Dipertua

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah flat

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah unit rumah flat di tingkat empat, Blok C, Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor kira-kira

BERITA TERBARU

Bertemu semula lepas 47 tahun

KUCHING: Pelajar Tingkatan Enam Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri 1977 berkumpul di Hotel Serapi, di sini untuk majlis makan malam perjumpaan pada 18

100 guru berpeluang lihat prototaip ART dari dekat

KUCHING: Seratus warga pendidik berpeluang melihat secara dekat prototaip kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) dalam satu lawatan mereka di sini, baru-baru ini. Delegasi yang terdiri