ARTIKEL

Foto orang awam

Empat kanak-kanak maut terjatuh dalam kolam tadahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim dalam kejadian pada 14 September.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Syamsul Sinring menyatakan bahawa mangsa yang terkorban ialah Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10, serta dua adik-beradik tiri, Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, dan Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku apabila kesemua mangsa yang tinggal berdekatan kawasan tersebut cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 10 kaki dan selebar enam kaki.

Siasatan awal mendapati tiada saksi yang melihat kejadian tersebut berlaku semasa kanak-kanak itu sedang bermain bola di lokasi berkenaan.

Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi