ARTIKEL

Empat lelaki ingkar PKP ditahan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Empat lelaki berumur antara 17 hingga 50 tahun ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili, berkata tangkapan dilakukan terhadap
Keempat- empat lelaki tempatan itu di bawah dibawah Peraturan 3 (1) dan 6(1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2020 dan boleh dihukum dibawah Peraturan 11 peraturan yang sama.

Katanya, tangkapan ke atas keempat- empat lelaki itu dibuat dalam rondaan Op Covid19 dan pemeriksaan ‘Snap Check’ di kawasan Sungai Plan dan Jalan Tun Hussein Onn antara jam 6.20 petang hingga 9.30 malam, Isnin.

Selepas pemeriksaan dijalankan keempat- empat lelaki itu gagal memberi keterangan munasabah mengenai pergerakan mereka dengan memberikan alasan pulang berbual daripada rumah rakan dan lepak dari kawasan awam, ujarnya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu untuk tindakan lanjut kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikenakan kompaun RM1, 000 setiap seorang, katanya pada sidang medianya, semalam.

“Pihak Polis menasihati orang awam supaya mematuhi arahan dikeluarkan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas mereka yang ingkar dan tidak mematuhi arahan sepanjang PKP,“ tegas Zulkipli.

“Pematuhan kepada arahan PKP ini merupakan tanggungjawab semua pihak dalam usaha membantu dalam mengekang penularan serta memutuskan rantaian pandemic COVID-19 , tambah beliau lagi.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu