Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Empat lelaki, seorang wanita disyaki terlibat penyalahgunaan dadah ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Polis menahan lima individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Bandar Baharu Batu Kawah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abg Ahmad berkata, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kira-kira jam 1.50 petang semasa berada bersebelahan sebuah kereta Perodua Kancil.

Menurutnya, suspek wanita berusia 32 tahun dan empat suspek lelaki berusia lingkungan 22 tahun sehingga 31 tahun.

“Semasa pemeriksaan, salah seorang suspek telah menyerahkan satu beg kecil berwarna coklat daripada konsol gear kereta tersebut.

DISYAKI.. Kereta Perodua Kancil disyaki kenderaan curi.
SUSPEK… Empat lelaki dan seorang wanita ditahan polis.

“Pemeriksaan dalam beg tersebut mengandungi 13 paket lutsinar pelbagai saiz di dalamnya berisi ketulan kristal disyaki jenis dadah Syabu dan tujuh balutan soletap warna putih berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 143 gram dianggarkan bernilai RM14,500,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta tersebut turut mendapati nombor chasis enjin kereta tersebut telah diganggu dan disyaki kenderaan curi.

Baca lain  Kebakaran di Kampung Semerah Padi, 10 keluarga hilang tempat tinggal 

“Ujian saringan awal air kencing kesemua suspek empat lelaki turut didapati positif dadah jenis Amphetamine manakala seorang suspek wanita didapati negatif dari sebarang jenis dadah,” katanya.

Katanya, kesemua suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru