ARTIKEL

Abang Zainal bercakap pada sidang media sempena Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Pulapol Kuching, di sini hari ini.

Empat lelaki termasuk dua beradik bergaduh di hadapan premis dituduh di mahkamah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Empat lelaki termasuk dua adik beradik yang bergaduh di hadapan premis Jalan Batu Kawa/ Matang pada 22 Februari lalu dituduh di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek berumur 20 hingga 25 tahun telah ditangkap pada 24 Februari lalu.

Katanya, mereka dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan gaduh gempar di tempat awam. 

“Motif kejadian berpunca ekoran adik yang juga pengadu telah menegur teman wanita kepada abangnya. 

“Disebabkan itu abangnya tidak berpuas hati,” katanya pada sidang media sempena Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Pulapol Kuching, di sini hari ini.

Pada masa yang sama Abang Zainal turut menafikan berlakunya insiden berbalas tembakan seperti yang didakwa di media sosial. 

Sebaliknya beliau berkata, berlakunya kejadian membaling mercun yang dibakar semasa kejadian.

“Tiada kes berbalas tembakan, cuma kes memandu dalam keadaan yang berbahaya di tempat awam. 

“Komen-komen netizen (bahawa) berlakunya berbalas tembakan (tidak benar), tiada senjata api yang terlibat semasa kejadian,” jelasnya.

Abang Zainal dalam kenyataan sebelum ini berkata, dua video yang dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan kejadian tersebut.

Katanya, video pertama menunjukkan sebuah kenderaan dipandu laju manakala video kedua seakan-akan insiden pergaduhan beberapa orang individu yang dilihat dari jarak jauh.

Beliau berkata, kejadian yang dilaporkan oleh pengadu menyatakan pergaduhan tersebut antara adik beradik dan disertai rakan masing-masing.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU