ARTIKEL

INI DIA... Osman Jamel (kanan) mempamer jadual selesai cabutan undi.

Empat pasukan sah ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Empat pasukan berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Terbuka Sebangan, Piala Datuk Sri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi) Edisi Ke-27, 2025.

Kesemua pasukan tersebut menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam aksi suku akhir yang berakhir petang tadi.

Juara bertahan, Kembara 11, menjadi pasukan pertama layak selepas mencatat kemenangan besar 6-1 ke atas Moyan Alpha.

Ia diikuti oleh Sukma FC yang mara sebagai pasukan kedua, menewaskan Joga Bonito 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

La Masia pula menempah slot ke separuh akhir dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Koroi FC, manakala Plan DC melengkapkan senarai empat terbaik selepas menundukkan Muzaimi FC 3-1.

Selesai perlawanan suku akhir, sesi cabutan undi bagi menentukan pertemuan di peringkat separuh akhir turut diadakan.
Aksi separuh akhir dijadual berlangsung pada Sabtu, 12 April ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.