ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) melancarkan buku khas Para SUKMA pada majlis tersebut.

Empat pelan tindakan strategik pertahankan kejuaraan Para SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mempertahankan kejuaraan yang diperoleh pada temasya Para SUKMA XXI 2024 bukan misi yang mudah untuk dilaksanakan.

Ini mengambil kira hakikat bahawa negeri-negeri lain sentiasa mencari jalan untuk mengatasi kelebihan yang dimiliki Sarawak.

Selaras dengan itu, kontinjen Para Sarawak kini fokus untuk melaksanakan empat pelan tindakan strategik yang telah dikenal pasti untuk mempertahankan kejuaraan tersebut pada temasya Para SUKMA 2026.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata usaha untuk menubuhkan Unit Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah kementeriannya antara yang menjadi fokus utama.

Di samping itu, mereka akan meningkatkan program pembangunan dan mengenal pasti bakat secara agresif dan kolaboratif, memperkasa pembangunan profesional, dan memperkenalkan kursus sains sukan bagi para jurulatih.

Selain itu, program pendedahan diteruskan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi para atlet serta semua jurulatih.

Menurut Fatimah, kejayaan Kontinjen Para Sarawak merangkul gelaran juara ke-14 pada temasya Para SUKMA XXI 2024 membawa gelombang transformasi untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Ia menjurus kepada usaha merangka strategi, membangunkan idea dan pasukan serta menambah baik sekali gus meningkatkan standard dan kualiti sedia ada.

“Sebagai persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026, saya mencadangkan kepentingan dalam melaksanakan empat pelan tindakan strategik berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Apresiasi Para SUKMA XXI Sarawak 2014 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Fatimah turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan petugas atas segala sumbangan, dedikasi, usaha gigih dan komitmen yang diberikan sepanjang berlangsung temasya dwitahunan itu.

Majlis itu, yang menghimpun sebanyak 27 jawatankuasa kerja Para SUKMA XXI 2024, turut dihadiri
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang diberi penghormatan melancarkan buku khas Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Temasya Para SUKMA 2026 akan berlangsung di Selangor.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU