ARTIKEL

Empat pemuda bebas tuduhan miliki ganja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat pemuda termasuk dua beradik dari Kampung Tabuan Melayu Selipar Putus dibebaskan dan dilepaskan daripada dua tuduhan memiliki ganja oleh mahkamah Sesyen semalam.

Hakim Mahkamah Seksyen Jason Juga mengarahkan keempat-empat tertuduh dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan memiliki dadah berkenaan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima-facie terhadap mereka.

Jason berpendapat, terdapat kemusykilan dalam rantaian bukti kes berkenaan dan pihak pendakwaan gagal membuktikan yang dadah berkenaan adalah kepunyaan tertuduh pertama.

“Ini kerana ketika serbuan dilakukan pihak polis, tertuduh pertama sedang leka bermain permainan komputer di tingkat atas rumahnya.

“Sebaliknya serbuan dilakukan di tingkat bawah rumah tersebut dan mereka yang berada di situ telah melarikan diri. Bagi pertuduhan pertama, keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan tidak kurang sepuluh sebatan.

Mereka disyaki memiliki 56.37 gram ganja pada jam 12.30 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tabuan Selipar Putus pada 13 Julai, 2017.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 6 akta yang sama mereka didakwa secara bersama memiliki ganja seberat 3.95 gram.

Pendakwaan dilakukan oleh Nor Azhari Yusof manakala semua tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim dibantu oleh Roger Chin dan Fadzillah Osman.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha