ARTIKEL

Empat perangkap buaya lagi dipasang di Sungai Kelai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Empat perangkap buaya baharu dipasang hari ini dalam Operasi Mencari dan Menyelamat seorang remaja yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kelai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro, PBT II Hasman Bakar berkata, perangkap berkenaan dipasang oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) di kawasan Sungai Bekakong, menjadikan jumlah keseluruhan perangkap kini sepuluh buah.

Menurutnya operasi SAR yang memasuki hari keempat dan bermula seawal pagi tadi masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai mangsa.

Katanya, usaha pencarian tertumpu di sepanjang Sungai Kelai dengan kaedah rondaan sungai dan pemantauan di lokasi berisiko tinggi yang dikenal pasti.

“Setakat ini tiada perkembangan baharu ditemui walaupun operasi diteruskan secara intensif dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam operasi berkenaan, pasukan bomba turut dibantu lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

Selain itu operasi SAR turut melibatkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan pasukan Coast Guard bagi memperluas kawasan pencarian di laluan sungai.

“Malah lebih 20 penduduk tempatan turut membantu dalam operasi ini, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama komuniti dalam usaha mencari mangsa,” katanya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah