ARTIKEL

Keadaan sebuah rumah sewa di Jalan Nerium 3, Piasau yang telah musnah sepenuhnya dalam insiden kebakaran yang berlaku semalam

Empat sekeluarga hilang tempat berteduh, rumah sewa terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah keluarga yang terdiri daripada empat penghuni hilang tempat berteduh setelah rumah sewa didiami mereka di Jalan Nerium 3, Piasau di sini, musnah dalam insiden kebakaran, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 5.57 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus selepas itu.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separa kekal di Lot 427, dan api di lokasi sedang marak.

“Rumah yang berstruktur 40 kali 30 kaki itu telah terbakar secara keseluruhan, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa kerana penghuni sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, ujarnya pihak bomba bertindak menjalankan kerja pemadaman api sehingga api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Katanya, tindakan selanjutnya diserahkan kepada forensik kebakaran untuk membuat siasatan di lokasi.

“Seterusnya, pihak bomba membuat penilaian dan pemerhatian di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” jelasnya.

Dalam pada itu, urusan kebajikan kesemua mangsa serta tempat tinggal sementara di hotel diuruskan oleh pihak Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang sementara menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran yang sedang marak

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Warih Melanau juara bermukun, bawa pulang RM5,000

KUCHING: Kumpulan Warih Melanau muncul juara dalam kategori bermukun berkumpulan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi dan sijil pada Pertandingan Mega Gendang Melayu

Harimau Malaya B-15 terbaik ASEAN

KUCHING: Harimau Malaya Bawah 15 Tahun (B-15) muncul sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara selepas menamatkan kempen Festival dan Piala Dunia B-15 FIFA 2026 di kedudukan