ARTIKEL

BERKAS…Empat suspek ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri di Kampung Bako baru-baru ini.

Empat suspek pecah rumah Kampung Bako tewas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat suspek warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan mencuri di Kampung Bako di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata,
kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 37 tahun.

“Tangkapan terhadap kesemua suspek dilakukan semalam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kuching diketuai Inspektor Roshandi Sahari di empat lokasi berasingan sekitar Kampung Bako,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kata Ahsmon, hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek lelaki mempunyai rekod tangkapan lampau melibatkan empat kes jenayah dan dua kes dadah.

Sementara itu katanya, ujian saringan awal air kencing, mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Kerugian yang dialami oleh pengadu kes dianggarkan berjumlah lebih kurang RM1,000 manakala permohonan reman ke atas kesemua suspek diluluskan selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun, dan bagi mana-mana kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dikenakan denda atau sebat,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU