ARTIKEL

Suasana pada waktu kejadian kemalangan berkenaan pada Rabu lepas. - Foto BERNAMA

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta ekoran kemalangan jalan raya yang mengorbankan tiga rakan senegara mereka di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri, berkata empat individu berkenaan ditahan pada jam 4.20 petang semalam selepas polis mengenal pasti suspek menerusi video tular di laman sosial melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki tersebut.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian memukul pemandu itu berlaku sebaik sahaja selepas nahas jam 8.10 pagi itu.

Pemandu berusia 36 tahun itu, yang didapati positif ganja, membuat laporan polis berhubung insiden dia dipukul pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Ahmad Adnan berkata tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.
 
“Kes memukul ini telah dibuka siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada Rabu, tiga lelaki warga Pakistan maut manakala tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu suspek ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dalam kejadian tersebut, kereta Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31, Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33, manakala tiga lagi yang cedera Kamran Muhammad Wali, 26, Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23, dirawat di Hospital Teluk Intan.

Ahmad Adnan berkata pemandu kereta terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Teluk Intan, hari ini.

Pada masa sama, katanya, pemandu tersebut direman empat hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian. – BERNAMA

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA