Enam buah kereta berhias memeriahkan sambutan Hari Malaysia di Kuching

KUCHING: Enam buah kereta berhias memeriahkan sambutan Hari Malaysia malam ini.

Kereta berhias tersebut berarak dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan jalan yang dilalui ialah Jalan Padungan, Jalan Central Timur, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Jalan Taman Budaya, Jalan Badruddin, lampu isyarat RTM, Jalan Abang Haji Openg, Jalan Barrack, Jalan Pearl, simpang UOB Bank, Jalan Main Bazaar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Abell, bulatan Sri Aman, Jalan Padungan dan Icom Square.

Setiap kereta berhias memaparkan pembangunan yang dilalui Malaysia sejak penubuhannya pada 1963 hingga kini.

Warga Kuching juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri perarakan kereta berhias tersebut.

Ramai yang berhimpun di lokasi kereta berhias lalui sejak jam 7.00 malam untuk melihat perarakan kereta berhias sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-56.

Suara Sarawak