ARTIKEL

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media mengenai penganjuran Sukan Borneo di Bangunan Baitulmakmur 2, hari ini.

Enam Kontinjen Bakal Bersaing Pada Sukan Borneo 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam kontinjen akan bertanding dalam Sukan Borneo 2025 pada 24 hingga 28 Sept ini di Kompleks Sukan Petra Jaya di sini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kontinjen terlibat ialah Brunei, Sarawak, Sabah, Labuan, provinsi Kalimantan Timur dan provinsi Kalimantan Barat.

Beliau berkata lapan jenis sukan akan dipertandingkan iaitu badminton, boling padang, olahraga, memanah, renang, tarik tali, menyumpit dan golf.

“Secara keseluruhan setakat ini 124 pingat emas bakal menjadi rebutan tetapi jumlah ini mungkin bertambah kerana ada permintaan untuk tambah pingat emas dalam acara menyumpit,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kira-kira 5,000 orang dijangka hadir menyertai acara itu, termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, pegawai teknikal, urus setia, media, sukarelawan dan pegawai agensi berkaitan.

Sukan Borneo pertama kali diadakan pada 1995 dan kali terakhir 2013 di Labuan.- BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan