ARTIKEL

Aset dan kru ditahan selepas satu pemeriksaan dilakukan APMM Tanjung Manis baru-baru ini.

Enam kru bot tunda ditahan, gagal kemuka lesen perkapalan domestik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TANJUNG MANIS: Enam kru termasuk seorang nakhoda bot tunda ditahan selepas gagal mengemukakan sijil lesen perkapalan domestik dalam satu pemeriksaan di sini, pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kesemua kru yang berusia 21 hingga 61 tahun itujuga didapati gagal memaklumkan pertukaran nakhoda.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang nakhoda, tiga kru warga tempatan dan dua warga India.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka masih berada di atas bot berkenaan.

Susulan itu, semua aset termasuk sebuah tongkang turut ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Ia kemudiannya dibawa ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil komitmen berterusan pihak Zon Maritim Tanjung Manis dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara berada pada tahap tertinggi, sekali gus meningkatkan keyakinan keselamatan dalam kalangan komuniti maritim.

“Saya menyarankan komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan mengalu-alukan penyaluran maklumat.

Baca lain  Jom lihat buaya!

“Sehubungan itu, aduan dan insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk maklum balas segera,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan