ARTIKEL

Abang Zainal bercakap pada sidang media sempena Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Pulapol Kuching, di sini hari ini.

Enam lelaki didakwa buat rusuhan di Batu Kawa  

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Enam orang lelaki yang terlibat dalam pertengkaran di tempat letak kenderaan awam di Batu Kawa, 21 Februari lalu dihadapkan ke mahkamah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek yang berumur lingkungan 19 hingga 30 tahun telah ditangkap polis pada hari yang sama.

Tambahnya, dua orang suspek yang ditangkap turut mempunyai 19 kes lampau dan baharu dibebaskan daripada penjara. 

“Kes dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya pada sidang media sempena Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Lapang Sasar Pulapol Kuching, di sini hari ini.

Abang Zainal dalam kenyataan sebelum ini berkata, polis telah mengesan satu hantaran video berhubung kejadian yang tular di laman Telegram. 

Katanya, dalam klip video tersebut memaparkan dua kumpulan lelaki telah bertengkar di lokasi kejadian dan kelihatan beberapa individu membawa senjata tajam. 

“Pihak polis telah berjaya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dan percaya tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” ujarnya.

Beliau berkata, satu operasi telah digerakkan yang dibantu pasukan D7 dan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bagi mengesan dan menangkap kesemua individu yang terlibat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU