NEW YORK: Enam maut dalam siri insiden tembakan berkaitan di negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada lewat malam Jumaat manakala seorang suspek telah ditahan, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Syerif Clay County Eddie Scott dalam satu hantaran di Facebook berkata “beberapa nyawa individu tidak bersalah” terkorban “akibat keganasan” di bandar West Point, berhampiran sempadan negeri dengan Alabama.
Beliau memberitahu media tempatan bahawa enam individu maut di tiga lokasi berasingan.
Seorang suspek telah ditahan dan tiada lagi ancaman terhadap komuniti, tulis beliau di Facebook.
– BERNAMA-XINHUA

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


