ARTIKEL

Enam MP pembangkang sokong PM, tindakan wujudkan kestabilan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tindakan enam Ahli Parlimen pembangkang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai usaha wakil rakyat itu mewujudkan kestabilan dalam negara, dan membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, sokongan itu merupakan usaha membantu kerajaan dalam penetapan dasar yang baik untuk rakyat dan pada masa sama sebagai proses semak dan imbang secara positif.

“Satu lagi sudut, mutakhir ini kita lihat satu proses rekonsiliasi (perdamaian) berlaku dengan kerajaan mempertimbang permintaan pembangkang untuk diberikan peruntukan dan usaha itu untuk mewujudkan kestabilan.

“Kita jangka sekiranya pembangkang setuju dengan usaha ini, akan ada persetujuan dalam bentuk MoU (Memorandum Persefahaman) atau sebagainya menjurus kepada kerjasama untuk kestabilan dan selepas MoU ditandatangani, rakyat akan melihat tindakan enam Ahli Parlimen itu sebagai satu niat baik yang dimulakan terlebih dahulu untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Enam Ahli Parlimen berkenaan dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BERITA TERBARU