ARTIKEL

Enam PATI gagal masuk sempadan, berjaya diusir keluar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana cuba menyelinap masuk sempadan Malaysia-Indonesia daripada Entikong, semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, dalam kejadian lewat malam itu, sepasukan anggota sedang melaksanakan rondaan keselamatan di laluan lorong tikus yang diketuai oleh Sarjan Muhd Nasaruddin Hamdan.

“Sekitar jam 11.45 malam, kelihatan enam orang awam dalam keadaan mencurigakan yang disyaki PATI sedang berjalan ke Malaysia ingin merentasi sempadan Malaysia-Indonesia daripada Entikong.

“Setelah ditahan dan diperiksa, PATI tersebut membawa beg pinggang, empat telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dianggarkan RM300.00,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, kesemua PATI yang ditahan telah diusir keluar bagi mengelakkan kes penularan di Pusat Tahanan.

Katanya, perkara tersebut selaras dengan saranan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan OP Benteng kini memfokuskan pendekatan pengusiran PATI berbanding tangkapan.

Kejadian berlaku di sektor OP Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) oleh Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD), dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) terutama pasukan di Sarawak sentiasa komited, fokus dan mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi setiap masa.

Ia seiring dengan fokus utama pelaksanaan OP Benteng dalam mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain mengekang penularan wabak Covid-19.

BERITA LAIN

MAIS Kaji Cadangan Pengkodifikasian Adat Tagal

LAWAS: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) menjalankan kajian awal bagi menilai keperluan dan kebolehlaksanaan cadangan pengkodifikasian ‘Adat Tagal’ susulan permohonan masyarakat berkenaan. Kajian itu bertujuan

BERITA TERBARU

MAIS Kaji Cadangan Pengkodifikasian Adat Tagal

LAWAS: Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) menjalankan kajian awal bagi menilai keperluan dan kebolehlaksanaan cadangan pengkodifikasian ‘Adat Tagal’ susulan permohonan masyarakat berkenaan. Kajian itu bertujuan