SIMANGGANG: Sebuah Honda Accord yang diparkir di depan salah sebuah hotel dekat sini terbakar pada bahagian enjin kira-kira jam 2 petang tadi.
Dalam kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, kebakaran tersebut membabitkan 20 peratus bahagian bonet hadapan kereta.
“Setelah menerima laporan, pasukan Alfa yang digegaskan ke lokasi membentang dua aliran salur bantu mula pam jentera bomba untuk memadam api sehingga selesai,” katanya di sini, semalam.
Jelasnya, operasi memadam kenderaan milik Joseph Liew selesai kira-kira jam 3.12 petang.



