ARTIKEL

Erti sebuah persahabatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM kehidupan secara lumrahnya kita tidak boleh lari daripada hakikat kehidupan manusia sejagat yang memerlukan antara satu sama lain.

Ia lumrah manusia yang sentiasa diperlukan bagi membantu meneroka kehidupan duniawi serta menjadi jambatan mengenal Ilahi.

Mencari sahabat baik dalam Islam merupakan perintah Allah SWT terhadap setiap umatnya bertepatan dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran: “Pada hari itu sahabat karib (yang saling mencintai): Setengahnya menjadi saling bermusuhan kepada setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).”

(maksud alZuhruf: 67-68) Jelas dalam kandungan ayat tersebut menceritakan persahabatan yang didasari dengan keimanan dan ketakwaan merupakan konsep persahabatan yang sebenarnya.

Iman Hassan al-Basri mengatakan; perbanyaklah bersahabat dengan orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, kerana sesungguhnya mereka dapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.

Justeru, persahabatan ialah ikatan hubungan yang tidak melibatkan hubungan darah atau keluarga.

Ia hanyalah ikatan yang didasari kepercayaan sesama mereka serta keikhlasan bersahabat demi mencari reda Allah SWT.

Oleh itu, individu yang mencintai persahabatan sudah pasti tidak mengkhianati dan memutuskan hubungan silaturahim sesama mereka.

CINTA KERANA ALLAH

Satu-satunya kesempurnaan yang harus dimiliki dan terpenting dalam hubungan persahabatan adalah dengan didasari cinta kerana Allah SWT.

Apa-apa sahaja hubungan yang kita jalinkan sekiranya didasari oleh harta benda, kemasyhuran, pangkat, kuasa dan sebagainya sudah pasti hubungan tersebut hancur.

Maka melalui hubungan persahabatan, kita menjumpai istilah yang sering diguna pakai dalam Melayu iaitu “setia kawan”.

Ia menggambarkan persahabatan yang sanggup bersama-sama ketika senang dan susah serta saling menasihati semata-mata mahukan kebaikan ke atas hubungan tersebut.

Persahabatan yang didasarkan kepada Islam ini melahirkan kekuatan dan perpaduan.

Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Mukmin dengan Mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”

(maksud hadis riwayat Muslim). Salah satu ciri-ciri yang perlu wujud dalam persahabatan ialah kejujuran.

Kerana sifat kejujuran merupakan tanda bahawasanya kita saling percaya sesama sahabat.

Bahkan Rasulullah SAW diberi gelaran al-Amin iaitu yang amanah oleh penduduk kota Makkah kerana sikap Baginda ketika bersama-sama mereka.

Sekiranya Rasulullah SAW tidak bergaul sesama manusia, tidak mungkin wujudnya panggilan sedemikian terhadap Baginda.

Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola dalam setiap gerak-geri kehidupan kita menjadi tuntutan jelas dan nyata terhadap umatnya.

SAHABAT YANG BAIK

Ini juga salah satu tuntutan, seharusnya setiap daripada kita mencari sahabat untuk membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Hakikatnya kebanyakan manusia berubah apabila mereka memiliki sahabat yang mampu mempengaruhi dirinya.

Nabi SAW pernah bersabda: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi.

Adapun, penjual minyak wangi memberi kamu (minyak wangi tersebut) atau kamu membeli daripadanya atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya.

Sedangkan tukang besi pula membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau busuk.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah