ARTIKEL

EU belanjakan lebih US$138 Bilion untuk Ukraine

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah €134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ahli Parlimen Eropah dari parti pemerintah Hungary, Fidesz, Csaba Domotor. 

“Terdapat satu laporan di laman sesawang Majlis Eropah.

“Menurut laporan itu, EU dan negara anggotanya setakat ini memperuntukkan €134 bilion untuk menyokong peperangan.

“Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dana pembangunan serantau yang diperuntukkan dalam tempoh semasa.

“Malah, sekitar 10 peratus daripada keseluruhan belanjawan tujuh tahun EU dibelanjakan untuk perang,” kata Domotor di media sosial pada Selasa. 

Beliau turut berkata bahawa prospek masa depan lebih membimbangkan kerana Amerika Syarikat sedang mengurangkan perbelanjaan ketenteraan, manakala gabungan pemerintah dalam Parlimen Eropah tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian, meskipun ekonomi Eropah berada dalam keadaan lembap. 

Sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada Februari 2022, negara-negara Barat menyalurkan bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Kyiv.

Rusia secara konsisten memberi amaran bahawa penghantaran senjata oleh Barat hanya akan memanjangkan konflik.  – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya