ARTIKEL

JUARA... Barisan pemain pasukan Evavior

Evavior ungguli kejohanan sepak takraw Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Pasukan Evavior menepati ramalan selepas berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan Sepak Takraw Lelaki Terbuka Betong Edisi Hari Sarawak.

Gandingan dua pemain berpengalaman, Abang Ajmal Shauqi Abg Mohd Fauzi dan Mohd Haris Hipni sekali gus memastikan pasukan tersebut gah di tangga teratas menewaskan pasukan Saberkas Batang Ai pada aksi final.

NAIB JUARA… Pasukan Saberkas Batang Ai

Aksi akhir yang berlangsung di Dewan Sukan SJK (C) Chung Hua Betong menyaksikan pasukan dari Samarahan itu mendominasi kedua-dua set dengan keputusan 17-15, 15-9.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala dan juga medal manakala naib juara menerima hadiah berjumlah RM500, piala dan juga medal.

KETIGA BERSAMA… Pasukan Kestap

Tempat ketiga bersama diungguli oleh pasukan Kestap dan pasukan Twist masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM250 beserta medal.

Terdahulu, kejohanan anjuran Kelab Sepak Takraw Layar Hills berjalan meriah selama dua hari bermula Sabtu (12 Julai) disertai sebanyak 16 pasukan sekitar Betong, Sri Aman dan Kuching.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong, Abang Ahamd Abg Suhailie.

Turut hadir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong Azira A. Manan.

KETIGA BERSAMA… Pasukan Twist

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah