KERINDUAN peminat pasti terubat dengan kemunculan kumpulan Exist menggegarkan Borneo dengan Konsert Exist Borneo Tour pada Disember ini.
Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni menerusi kenyataan berkata, konsert terbabit diadakan di Sarawak pada 17 Disember ini dan Sabah (30 Disember).
“Saya berharap penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
“Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan mampu milik,” katanya memetik media tempatan.
Peminat boleh dapatkan tiket pada harga RM77 sehingga RM238 di www. ticket2u.
Difahamkan, konsert tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Sarawak dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.



