SYARIKAT Soosoo, agensi baharu Doh Kyung Soo, mengumumkan rancangannya bagi kemunculan semula pada Mei.
Doh Kyung Soo akan kembali pada 7 Mei jam 6 petang (KST) dengan mini album baharunya ‘Blossom’, yang menampilkan enam lagu, termasuk lagu utama ‘Mars’.
‘Blossom’ akan menandakan album solo pertama Doh Kyung Soo dalam masa kira-kira lapan bulan selepas kemunculan solo terakhir ahli EXO itu pada September 2023 ketika beliau mengeluarkan mini album kedua, ‘Expectation’.






