KUALA LUMPUR: Extra Joss, salah satu jenama minuman tenaga paling pesat berkembang di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pelancaran semula Extra Joss Oren di Malaysia.
Pelancaran semula ini bertujuan mengukuhkan pertumbuhan volum dan memperluas kehadiran jenama dalam pasaran tenaga mampu milik, seiring dengan komitmen untuk terus membawakan pilihan produk yang relevan dengan citarasa rakyat Malaysia di bawah tagline Extra Joss “Sedap, Segar dan Bertenaga!”.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus, berkata pelancaran semula ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Extra Joss untuk memperkukuh portfolio produk di Malaysia.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan kegemaran ramai pengguna tempatan, pengenalan semula Oren memberi peluang kepada jenama untuk memenuhi segmen pengguna yang mahukan rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati pada bila-bila masa.

Oktavianus turut menegaskan bahawa Extra Joss sedang menyusun pelan pembangunan produk lebih agresif menjelang 2026 dan 2027, termasuk memperkenalkan lebih banyak perisa baharu bagi memenuhi keperluan dan tingkah laku pengguna yang semakin berkembang.
Pada masa ini, Extra Joss turut menawarkan rangkaian perisa Active, Anggur dan Mangga, yang masing-masing disesuaikan dengan citarasa pengguna berbeza, daripada pengguna harian biasa, gaya hidup aktif, hinggalah atlet serta mereka yang memerlukan pilihan tenaga yang lebih sesuai dengan rutin masing-masing.
Dalam masa yang sama, Extra Joss Malaysia mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan produk Import Selari (Parallel Import) yang semakin banyak di pasaran. Walaupun produk Import Selari bukan barangan tiruan dan bukan barang selundup, ia tidak melalui proses percukaian Malaysia, tidak mematuhi keperluan pelabelan tempatan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia, dan tidak melalui kawalan kualiti rasmi.
Keadaan ini mewujudkan perbezaan harga dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Extra Joss menegaskan bahawa hanya produk yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia mematuhi piawaian keselamatan tempatan dan menawarkan keyakinan, ketelusan serta sokongan pelanggan.

Extra Joss Oren mengekalkan formulasi asalnya yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly, memberikan rasa oren menyegarkan bersama fungsi tenaga segera dalam bentuk yang ringkas dan menyeronokkan. Pihak syarikat percaya bahawa perisa ini akan terus melengkapi rangkaian sedia ada, sekaligus memperkukuh kedudukan jenama dalam pasaran yang semakin berkembang.
Extra Joss kini dengan mudah boleh didapati di kedai runcit, kedai borong, mini market, supermarket, pasar raya utama serta platform e-dagang. Juga dapat dinikmati langsung dalam bentuk sajian air Extra Joss sejuk baik kosong maupun dicampur dengan susu di kedai mamak, warung, kantin, restoran dan F&B outlets.
Bagi tahun 2026, Kalbe Malaysia merancang pelbagai aktiviti pemasaran Extra Joss berskala besar, melalui media TV, radio, social media, outdoor, event promotion termasuk penglibatan dalam acara belia, sukan universiti dan inisiatif gaya hidup aktif bagi mendekatkan jenama dengan komuniti pengguna di seluruh negara.



