KUCHING: Fadillah Awang Redzuan Awang Mohammad telah dilantik sebagai pengarah baharu bagi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).
Pelantikan beliau diumumkan menerusi laman Facebook (FB) rasmi JBALB, hari ini.
“JBALB Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan atas pelantikannya sebagai pengarah baharu.
“Semoga pengarah baharu terus memberi inspirasi dan memimpin JBALB Sarawak ke arah meningkatkan perkhidmatan untuk rakyat Sarawak.
“Selamat datang dan semoga berjaya dalam tugas anda,” kata siaran berkenaan.
Sebelum ini, Awang Mohammad Fadillah berkhidmat di timbalan pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri cawangan Lebuh Raya Pan Borneo.


