ARTIKEL

Fadillah bertanggungjawab selesaikan tuntutan MA63 dalam tempoh sebulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan segala tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, arahan yang telah diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan cuba diselesaikan dengan sebaiknya.

“Saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali untuk berjumpa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor supaya melihat keutamaan Sabah dan Sarawak serta mendapatkan input daripada kerajaan Sabah mengenai perkara MA63.

Fadillah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.( Ramidi Subari)

“Perkara-perkara berbangkit (mengenai MA63) yang boleh kita selesaikan dalam masa sebulan kita cuba selesaikan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata perkara mengenai MA63 yang boleh diselesaikan atau boleh dimuktamadkan dalam tempoh sebulan akan dimuktamadkan.

“Selebihnya jika ada beberapa perkara yang perlu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan kelulusan, kita akan bawa (bentang) ke Dewan Rakyat,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Fadillah juga mendedahkan bahawa beliau juga berperanan memastikan jurang ekonomi antara rakyat di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dikurangkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat