ARTIKEL

Fadillah ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Fadillah tegas isu kematian Zara Qairina tidak wajar dipolitikkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu berhubung kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tidak wajar dipolitikkan, tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perkara tersebut penting untuk memastikan kelancaran siasatan kes yang sudah diambil alih oleh polis di Bukit Aman bagi siasatan lanjut.

Katanya, ia juga ekoran berlaku kecuaian di peringkat awal siasatan di Sabah yang sudah mendapatkan tindakan forensik, dan bedah siasat telah dijalankan.

“Justeru, selaku rakyat Malaysia, kita perlu memastikan bahawa biarlah siasatan ini berjalan seperti biasa melalui saluran undang-undang dan tindakan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Biar perkara ini diselesaikan dahulu.

Jangan kita mengambil peluang untuk mewujudkan sentimen yang boleh memporakperandakan negara kita sendiri, sekali gus menyebabkan hilang hormat kepada sistem mahkamah, sistem kepolisan dan juga sistem integriti kesihatan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Eksekutif MADANI di Dewan Utama Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau menegaskan perbuatan seumpama itu tidak memberikan impak yang baik kepada semua pihak.

“Kita jangan mengambil peluang ini untuk mempolitikkan isu berkenaan. Biarlah kita siasat dengan telus sehingga keputusan ada kelak.

“Sekiranya benar wujud ketidakadilan, maka kita ada tempat untuk mengambil tindakan supaya tindakan lebih adil dan telus dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Untuk rekod, Zara Qairina, 13 tahun, dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Sabah, sekali gus dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah.

Insiden tersebut telah mengundang gelombang kesedihan dan desakan keadilan dalam kalangan rakyat di seluruh negara.

Ketika ini, satu gelombang tanda pagar #JusticeForZara berada di rata-rata akaun media sosial.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha