KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang.
Anugerah tersebut diberikan oleh Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF).
Ahli Parlimen Petra Jaya itu menerima anugerah tersebut di Parlimen yang disampaikan oleh Pengerusi WMLF, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik, Tan Sri Michael Yeoh.
“Alhamdulillah, rasa sangat rendah diri apabila menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia daripada WMLF,” dalam hantaran di Facebook rasminya.
Fadillah sepatutnya menerima anugerah tersebut semasa forum WMLF yang berlangsung di London, United Kingdom pada 22 November lepas, namun tidak dapat menghadirinya.





