ARTIKEL

Fahami emosi anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MASALAH baran atau marah dalam kalangan kanak-kanak sering menjadi cabaran bagi ibu bapa serta penjaga.

Emosi ini biasanya timbul apabila kanak-kanak berasa kecewa, letih atau tidak mendapat apa-apa yang mereka inginkan.

Memahami punca baran dan cara untuk mengatasinya amat penting agar mereka dapat membesar dengan sihat dari segi emosi dan mental.

Kanak-kanak masih belajar memahami dan mengekspresikan perasaan mereka dengan tepat.

PUNCA

Kadangkala mereka tidak tahu cara untuk meluahkan emosi dengan perkataan.

Akibatnya, mereka mungkin bertindak dengan menangis, menjerit atau mengamuk sebagai cara untuk melepaskan perasaan mereka.

Selain itu, sering terjadi apabila kehendak mereka seperti mendapatkan makanan, mainan atau perhatian tidak dapat dipenuhi.

Faktor keletihan atau kelaparan juga boleh menyebabkan kanak-kanak cepat marah.

Persekitaran juga memainkan peranan penting.

Kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku yang mereka lihat.

Sekiranya mereka melihat tingkah laku baran sering digunakan untuk mendapatkan sesuatu, mereka mungkin menganggapnya sebagai cara berkesan untuk meluahkan perasaan.

BIMBINGAN

Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu bersikap tenang dan sabar.

Apabila kanak-kanak meluahkan emosi marah, penting untuk kita tidak bertindak balas dengan emosi yang sama.

Sebaliknya, bernafas dengan perlahan dan cuba bercakap dengan lembut untuk menenangkan mereka.

Ajar anak untuk meluahkan perasaan mereka dengan perkataan.

Memuji dan memberi penghargaan dengan tingkah laku positif boleh menggalakkan anak untuk mengawal emosi mereka.

Rutin harian yang konsisten, seperti menetapkan waktu tidur dan waktu makan, membantu mengurangkan ketidakstabilan emosi dalam kalangan kanakkanak.

Kesimpulannya, mengurus baran dalam kalangan kanakkanak memerlukan kesabaran, kesungguhan dan persekitaran yang menyokong.

Dengan bimbingan yang tepat, kanak-kanak dapat belajar mengawal emosi dan membesar menjadi individu yang lebih matang dari segi emosi serta sosial.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU