Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Fahami maksud mampu sebelum berpoligami

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Justeru, isu poligami seharusnya tidak menjadi topik perbahasan.

Umum mengetahui poligami dibolehkan untuk mereka yang “mampu”.

Namun, budaya kita tidak mengizinkan poligami sebagai kebiasaan.

Sekiranya ilmu poligami tidak dikuasai, maka pelakuan poligami umum dianggap sebagai penganiayaan terhadap isteri sebelumnya.

Sungguhpun poligami diharuskan, tetapi ia tertakluk kepada beberapa syarat untuk menentukan seseorang itu mampu atau tidak.

Sanggup berlaku adil antara isteri dan anak-anak?

Mampu memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga di bawah tanggungan mereka?

Bahkan, perkahwinan secara monogami pun tidak digalakan sekiranya seseorang tidak mampu menanggung nafkah.

SEBAB POLIGAMI

Menurut bacaan pada laman sesawang rasmi Jabatan Agama Islam Selangor, setiap lelaki normal biasanya menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu.

Sebenarnya, keharusan berpoligami dalam Islam diberi kepada pasangan yang mempunyai masalah dengan perkahwinan sedia ada.

Kebanyakan sebab berpunca daripada pihak isteri seperti kemandulan, sakit, gila dan sebagainya.

Dalam setengah keadaan pula, ia berpunca daripada suami, misalnya keinginan seksual terlalu tinggi sehingga isteri sedia ada tidak mampu memberi layanan sewajarnya, maka Islam memberikan jalan keluar dengan diharuskan berpoligami tetapi dengan syarat tertentu. Ini juga jalan untuk tidak melakukan zina.

Justeru, poligami tetap berbalik kepada istilah “mampu” dalam Islam.

Adapun suami berkemampuan dan layak berpoligami, tetapi takut dengan isteri tua.

Ada dalam kalangan mereka berseloroh; “bukan saya takut bini, tapi bini tak takut saya.”

Akhirnya, golongan ini mengambil keputusan untuk berkahwin senyap-senyap di Selatan Thailand.

Lebih teruk sekiranya ada yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah.

Hidup dalam keadaan ketakutan menyimpah rahsia, nafkah terabai, tidak membuat giliran secara adil, tidak telus dan akhirnya banyak menipu isteri dan orang lain.

Perkahwinan seharusnya bersifat damai dan harmoni, bukan menyembunyikan dan ketakutan.

ADIL DAN MAMPU

Mampu berlaku adil terhadap isteri dan berkemampuan memberikan nafkah zahir dan batin tetap ditagih menjadi syarat utama suami berpoligami.

Jangan pula kita ikutkan lirik sinis lagu Madu Tiga Allahyarham P. Ramlee: Hai senangnya dalam hati

kalau beristeri dua seperti dunia ana yang punya…

Mesti pandai pembohong

mesti pandai temberang

tetapi jangan sampai,

hai pecah temberang.

Liriknya bernada gembira tetapi sinis mengungkapkan sesuatu yang tidak betul dalam konsep berpoligami.

Walaupun sekadar hiburan, tetapi lirik tersebut menceritakan isu berpoligami secara tidak telus.

Menipu ramai pihak, sanggup berkahwin tanpa kebenaran atau nikah secara rahsia.

Asal tercapai hajat sehinggakan rosak istilah dan fahaman poligami, konflik rumah tangga dan paling teruk sehingga membawa kepada penceraian bini tua.

Perkara ini juga membawa kepada poligami sebagai mimpi ngeri buat isteri.

Justeru, di Malaysia poligami dilihat seolah-olah perbuatan tabu.

Baik seseorang itu, kaya atau beragama, persepsi terhadap lelaki berpoligami tetap dipandang serong.

Tindakan seolah-olah mengharamkan sesuatu yang halal.

Bagaimana bermulanya persepsi ini di Malaysia?

Walaupun mampu, poligami seperti bukan pilihan. Bak kata geng Makcik Bawang: “Saya tidak menghalang poligami, tapi asal bukan suami saya.”

Jika suami berkeyakinan mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya zahir dan batin, maka ketika itu tiada halangan baginya untuk berpoligami.

Haram hukumnya jika ingin berpoligami tetapi sedar atau yakin diri tidak mampu berlaku adil terhadap isteri.

Mungkin disebabkan kemiskinan, kelemahannya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudis.

Justeru, penting ilmu poligami difahami masyarakat agar perbuatan ini tidak dipandang serong atau untuk golongan yang mampu.

Bagi yang berhasrat berpoligami, pastikan anda mampu seperti yang dinyatakan.

Paling penting untuk sediakan rumah berasingan, nafkah mencukupi dan atur jadual bermalam anda.

Jangan jadikan niat poligami anda dengan alasan mengikut sunah sekiranya anda tidak mampu.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru