ARTIKEL

Farah Anuar kembali menyanyi selepas lebih sedekad menanti pentas GV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Penyanyi dan pengacara Farah Anuar akhirnya merealisasikan impian lebih sedekad untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV) musim ini, sekali gus membuka peluang untuk kembali aktif menyanyi.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu menganggap peluang tersebut sebagai laluan terbaik untuk kembali ke persada seni selepas memperlahankan kerjaya demi keluarga.

Farah, 41, yang bernama sebenar Farah Diana Anuar, mengaku sebak apabila mengetahui dirinya terpilih sebagai bintang GV Fantasia (GVF) dan menjadi peserta kedua yang meraih undian tertinggi.

Pemenang tempat keempat AF2 itu menjelaskan bahawa beliau menjauhkan diri daripada dunia nyanyian selepas berkahwin dengan Johan Johari dan menyusukan ketiga-tiga anaknya secara sepenuhnya, namun kini anak bongsunya berusia enam tahun dan suaminya menyokong hasratnya kembali menyanyi seperti dilapor Bernama.

Selain Farah, bekas pelajar AF lain yang layak ke pentas GVF ialah Akim Ahmad, Felix Agus dan Ara Johari, manakala konsert itu dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad serta dinilai oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU