ARTIKEL

Tertuduh (baju hitam sebelah kanan polis) dibawa bersama-sama tertuduh lain masuk ke bilik tahanan sementara mahkamah oleh anggota polis.

Simpan harta curi, lelaki 20 tahun diperintah khidmat masyarakat 120 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pesalah muda lelaki diperintahkan menjalani khidmat masyarakat 120 jam oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menyimpan harta curi sebuah kereta Proton Saga milik seorang wanita berusia 25 tahun.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan demikian selepas pendengaran laporan sosial tertuduh berusia 20 tahun itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai cuci kereta dan bengkel motosikal, Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, sekitar jam 1.15 petang, 19 Oktober lepas.

Hui Chuan memerintahkan tertuduh hendaklah menyelesaikan khidmat masyarakatnya dalam tempoh 12 bulan sebelum dia mencapai usia 21 tahun.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari kenderaannya hilang dari tempat letak kereta.

Tangkapan dilakukan ke atas tertuduh oleh anggota polis di hadapan sebuah kedai cuci kereta dan bengkel motosikal bersama dengan kenderaan terbabit.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aqila Morsalin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU