ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 1 oleh anggota polis.

Pelajar 22 tahun mengaku tidak bersalah intai, rakam wanita di tandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pelajar universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, kerana menghina kehormatan seorang wanita dengan mengintai dan merakam mangsa ketika menggunakan tandas, pada Rabu lalu (18 November).

Tertuduh, 22, merupakan pelajar Diploma Reka Bentuk Media Digital itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuriena Syafika Mohd Najib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghina kehormatan mangsa berusia 20 tahun dengan menceroboh privasi melalui perbuatan mengintai di dalam tandas wanita.

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 1 oleh anggota polis.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam sebuah tandas wanita di sebuah blok universiti di Jalan Simpang Tiga, sekitar 11.30 malam, 18 November lepas.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan tunai RM1,500 dan RM3,500 (tanpa deposit) beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 4 Januari 2027.

Difahamkan, tertuduh mengintai dan merakam mangsa menggunakan telefon pintarnya.

Dia dipercayai sering melakukan perbuatan tersebut sehingga terkantoi pada 18 November lalu, seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh oleh pihak polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Empat juara rebut takhta Muhazis

KUCHING: Empat pasukan terbaik daripada siri Piala Muhazis Empat Penjuru bakal membuat perhitungan bagi merebut gelaran juara keseluruhan Piala Juara-Juara Empat Penjuru Muhazis 2026. Kejohanan

BERITA TERBARU

Johnical Rayong umum letak semua jawatan dalam PDP

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa mengumumkan keputusan meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) termasuk semua jawatan yang