ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika Omar mengadakan lawatan ke SMK Kota Samarahan bagi menyantuni pelajar yang menduduki SPM - peperiksaan bertulis, hari ini.

Omar Mahli santuni 502 calon SPM di SMK Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 502 pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan menerima kunjungan Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Omar Mahli sempena hari pertama peperiksaan bertulis hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan, lawatan itu bertujuan menyuntik semangat dan memberikan motivasi kepada calon agar kekal yakin, tenang serta memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang tempoh peperiksaan.

Sekitar rakaman kenangan ketika Omar mengadakan lawatan ke SMK Kota Samarahan bagi menyantuni pelajar yang menduduki SPM – peperiksaan bertulis, hari ini.

Menurutnya, dalam kunjungan tersebut, Omar turut berinteraksi dengan calon dan mengingatkan mereka supaya memanfaatkan segala persediaan serta usaha yang dilakukan, selain tidak mudah berputus asa ketika menjawab setiap kertas peperiksaan.

Untuk rekod, seramai 36,144 calon berdaftar untuk menduduki SPM 2026 di seluruh Sarawak membabitkan 262 pusat peperiksaan.

Sekitar rakaman kenangan ketika Omar mengadakan lawatan ke SMK Kota Samarahan bagi menyantuni pelajar yang menduduki SPM – peperiksaan bertulis, hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan, kesihatan yang baik serta dipermudah urusan sepanjang peperiksaan berlangsung.

BERITA LAIN

Johnical Rayong umum letak semua jawatan dalam PDP

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa mengumumkan keputusan meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) termasuk semua jawatan yang

BERITA TERBARU