ARTIKEL

Farley Kota Samarahan ditutup sementara mulai esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pasar raya Farley Kota Samarahan akan ditutup sementara mulai esok (26 Januari) susulan terdapat seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.
Menurut Farley Kota Samarahan menerusi hantaran di laman Facebook, penutupan sementara itu adalah bagi memudahkan pihaknya melakukan kerja sanitasi.
Mereka juga memaklumkan tarikh akhir kakitangan yang positif tersebut bekerja adalah pada 21 Januari lalu.
Justeru sebagai langkah keselamatan bagi semua pelanggan dan pekerjanya, pihak Farley Kota Samarahan juga telah mengarahkan semua kakitangannya untuk menjalani ujian calitan Covid-19.
Pada masa sama, mereka juga menyeru agar pelanggan menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk nasihat lebih lanjut atau menjalani ujian calitan Covid-19 di klinik atau hospital terdekat.
Sebagai rekod, penutupan sementara pasar raya Farley Kota Samarahan tersebut adalah sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan