ARTIKEL

Gelagat peserta cilik yang bersemangat mewarnai lukisan dalam Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8.

Farley Kota Samarahan jadi tumpuan aktiviti kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,500 peserta cilik mencurahkan kreativiti mereka dalam Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8 yang turut menyatukan komuniti melalui pelbagai pameran dan aktiviti menarik.

Farley Kota Samarahan berkata, pertandingan itu bertujuan menggalakkan ekspresi diri, selain mengeratkan ikatan keluarga dan memperkukuh pelibatan komuniti.

Gelagat peserta cilik yang bersemangat mewarnai lukisan dalam Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8.
Tiga pemenang Kumpulan A yang memenangi Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8.

Menurutnya, pertandingan tersebut menampilkan tiga kategori berdasarkan umur iaitu Kumpulan A (10 hingga 12 tahun), Kumpulan B (7 hingga 9 tahun) dan Kumpulan C (4 hingga 6 tahun).

“Setiap kumpulan bersaing dengan bersemangat untuk memenangi hadiah menarik dengan tiga pemenang teratas menerima hadiah berupa basikal, hamper dan trofi.

Tiga pemenang Kumpulan B yang memenangi Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8.
Tiga pemenang Kumpulan C yang memenangi Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Ke-8.

“Selain itu, 10 hadiah saguhati dan 10 hadiah galakan diberikan bagi setiap kategori untuk memastikan ramai kanak-kanak diiktiraf atas kreativiti mereka.

“Setiap peserta yang mendaftar turut menerima cenderahati, mewujudkan senyuman kegembiraan di wajah semua peserta,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kemeriahan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley Kota Samarahan.

Tambah kenyataan itu, terdapat pelbagai program dan pameran menarik dianjurkan termasuk pemeriksaan gigi percuma oleh Pejabat Pergigian Bahagian Kota Samarahan dan pameran kenderaan polis oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kanak-kanak juga berpeluang meneroka trak bomba dan bertemu wira sebenar melalui pameran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kemeriahan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Farley Kota Samarahan.

“Mereka turut terhibur menyaksikan persembahan badut serta menyertai sesi mewarna muka, di samping menikmati sampel makanan percuma yang disediakan oleh pembekal makanan terlibat,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kejayaan acara hari ini dicapai melalui semangat peserta, sokongan ibu bapa dan penaja, serta dedikasi kakitangan yang bersama-sama memastikan pengalaman yang lancar dan menyeronokkan bagi semua.

“Kami merakamkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 2025, menjadikannya satu acara yang penuh kegembiraan dan bermakna.

“Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan semangat komuniti yang kukuh yang terus dipupuk dari tahun ke tahun,” tambahnya.

Ujarnya, untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai acara akan datang, orang ramai boleh melayari halaman Facebook rasmi Farley Kota Samarahan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha