KUALA LUMPUR,26 JANUARI 2026 – Farm Fresh Berhad sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama tenusu paling dipercayai di Malaysia selepas memenangi Anugerah Platinum dalam kategori Minuman–Tenusu buat kali kelima berturut-turut di Putra Brand Awards.
Kemenangan terbaharu ini terus memperkukuh kedudukan Farm Fresh sebagai jenama yang kekal dekat di hati pengguna Malaysia.
Putra Brand Awards, yang diiktiraf sebagai platform pengiktirafan jenama berasaskan pengguna paling berprestij di negara ini, menilai jenama berdasarkan kepercayaan, pilihan dan pengalaman pengguna.
Pada tahun ini, lebih 52,000 maklum balas telah diterima secara sukarela, dengan para pengundi memilih jenama kegemaran mereka berdasarkan pengalaman dan persepsi masing-masing.
Pencapaian ini merupakan satu pencapaian penting bagi Farm Fresh, mencerminkan kepercayaan dan kesetiaan berterusan rakyat Malaysia sejak kemenangan Platinum pertamanya pada tahun 2021.
Ia juga membuktikan bahawa komitmen Farm Fresh terhadap kualiti serta penggunaan bahan semula jadi tanpa pengawet, pewarna tiruan, perisa tiruan dan gula tersembunyi benar-benar mendapat sambutan daripada pengguna Malaysia.
Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Farm Fresh telah berkembang menjadi salah satu kisah kejayaan jenama tempatan Malaysia.

Encik Azmi Zainal (Ketua Pegawai Operasi Kumpulan), Encik Loi Tuan Ee (Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan), Encik Mohd Khairul Mat Hassan (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan)
dan Encik Jacob A/L Mathan (Pengarah Ladang) pada Putra Brand Awards 2025.
Bermula dengan sekumpulan kecil lembu tenusu yang diimport dan sebuah ladang di Johor, Farm Fresh kini telah berkembang menjadi operasi tenusu bersepadu sepenuhnya berkonsepkan “grass-to-glass”, berteraskan janji yang jelas untuk membekalkan produk tenusu segar berkualiti tinggi tanpa pengawet atau bahan tambahan tiruan.
Sepanjang tempoh tersebut, syarikat ini telah mengembangkan operasinya secara konsisten.
Hari ini, Farm Fresh menguruskan ladang tenusu di Malaysia dan Australia yang meliputi lebih 5,000 ekar tanah dengan lebih 13,000 ekor lembu tenusu.
Portfolio produknya kini merangkumi lebih 220 produk di bawah pelbagai jenama, memenuhi keperluan pengguna merangkumi susu segar, yogurt, mentega dan ais krim.
Inovasi terus menjadi pemacu utama pertumbuhan Farm Fresh.
Pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah membolehkan syarikat memperkenalkan pelbagai produk inovatif seperti susu bebas laktosa, susu kurma, susu badam serta Farm Fresh Grow untuk kanak-kanak.
Penambahan terbaharu seperti minuman coklat malt, ais krim, krim masakan dan krim putar serta mentega mencerminkan komitmen jenama ini untuk terus berkembang seiring dengan perubahan citarasa pengguna.
Selain memperkukuh penawaran produknya, Farm Fresh juga mencatat kemajuan ketara dalam pengembangan serantau.
Syarikat ini kini mengeksport produknya ke pasaran seperti Singapura, Brunei, Filipina dan Kemboja, disokong oleh operasi pembuatan di Australia.
Fasiliti terbaharunya di Filipina menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha membawa produk tenusu segar lebih dekat kepada pengguna di rantau Asia Pasifik.
Sementara itu, kemasukan Farm Fresh ke pasaran Kemboja pada Ogos 2025 telah menerima sambutan positif, dengan penembusan pantas ke saluran perdagangan utama di Phnom Penh, termasuk pasar raya dan rangkaian kafe.
Komitmen Farm Fresh terhadap amalan pertanian beretika dan mampan juga merupakan teras kepada identitinya.
Ladang-ladang Farm Fresh di Malaysia merupakan yang pertama di Asia menerima pensijilan Certified Humane® Raised and Handled®, sekali gus menegaskan dedikasi syarikat terhadap piawaian kebajikan haiwan bertaraf dunia.
Inisiatif kemasyarakatan seperti Program Susu Sekolah yang telah dilaksanakan sejak sekian lama turut mencerminkan pendekatan berteraskan tujuan Farm Fresh, dengan pengagihan berjuta-juta pek susu kepada murid sekolah di seluruh negara, di samping menyokong rangkaian usahawan mikro.
Mengulas mengenai pengiktirafan terbaharu ini, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Encik Loi Tuan Ee, bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Encik Azmi Zainal, merakamkan penghargaan atas kepercayaan berterusan yang diberikan oleh pengguna: “Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami.
Kemenangan Platinum buat kali kelima berturut-turut mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama Farm Fresh.
Kami amat berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang membolehkan Farm Fresh terus berkembang sambil kekal setia kepada nilai-nilai kami.
Kami akan terus berpegang kepada misi kami untuk membekalkan produk tenusu segar berkualiti tinggi serta memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat.”



