KUCHING: Satu penanda aras baharu buat sistem pengangkutan awam Sarawak apabila pelaksanaan Fasa Satu Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) kini berada pada tahap 8.25 peratus setakat suku pertama 2023.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin, fasa 1 Projek KUTS yang melibatkan tiga laluan Transit Aliran Autonomi (ART) itu berjalan dengan baik sesuai mengikut perancangan.
Katanya, tiga laluan ini ialah laluan biru dari Rembus ke Hikmah Exchange (27.6 kilometer), laluan merah dari Kuching Sentral ke Pending (12.3 kilometer) dan Laluan Hijau dari Pending ke Damai Sentral (30 kilometer), dengan jumlah panjang 69.9 kilometer.
“Laluan Biru, Merah dan Hijau masing-masing ini dijangka siap pada Q4 2025, Q4 2026, dan Q4 2027.
“Ini menunjukkan bahawa projek ART sedang berjalan mengikut perancangan, dengan ketelusan dan amalan tadbir urus yang baik,” katanya dalam ucapan penggulungan kementerian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.





