PADA awal alam pekerjaan ialah waktu yang paling ideal untuk kita mengerahkan sepenuh tenaga.
Inilah waktunya kita menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang menuntut diri untuk dioptimumkan sebaik mungkin.
Kesusahan akan dihadapi dari segi makan, minum, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan dan apa-apa sahaja keperluan asas pada waktu itu.
Jika ingin makan di luar, mungkin hanya sebulan sekali.
Hari-hari yang lain, sekadar cukup membekalkan tenaga.
Tempat tinggal tak perlu mewah, asalkan selesa dan selamat.
Pengangkutan pula, jika dapat guna pengangkutan awam, gunakan sahaja.
Belum masanya untuk memiliki kereta.
Kita kena berusaha dan menempuhi kepayahan kerana baru mula bekerja.
Kita baru rasa pegang duit.
Kita mesti belajar mengurus kewangan diri sendiri.
Duit hasil titik peluh kita bekerja akan digunakan untuk kelangsungan kehidupan bagi 30 hari ke depan.
Malah pada waktu awal bekerja inilah kita membina asas kehidupan yang lebih baik, sekurang-kurangnya untuk 5 hingga 10 tahun kaan datang.
Jangan sesekali terjerat bebanan hutang.
Awal alam pekerjaan ini, kita masih belum ada simpanan.
Tanggungan pun belum ada.
Mungkin boleh berkongsi rezeki kepada mak ayah dan adik-beradik.
Bantu sahaja, jangan berkira.
Insha-Allah rezeki Allah SWT kurniakan tidak akan pernah putus untuk orang yang bekerja.
Pengajarannya, jika kita boleh bina dan meneruskan kehidupan dengan kesusahan pada waktu seorang diri, inshaAllah kita boleh mendepani cabaran tatkala menempuh kesusahan dan kepayahan apabila bersama-sama pasangan.
Tapi jika kita gagal tatkala seorang diri, besar kemungkin kita juga takkan punya duit yang cukup apabila berkeluarga.






