ARTIKEL

Awang Tengah merakam kenangan bersama tetamu lain pada Majlis Sungkai Ramadan bersama Persatuan Anak Jati Lawas, semalam.

Fasa Pertama Naik Taraf Lapangan Terbang Lawas Sudah Bermula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembangunan Lapangan Terbang Lawas kini dalam peringkat pelaksanaan fasa pertama dan dijangka meningkatkan keupayaan infrastruktur penerbangan sekali gus memperkukuh rangkaian pengangkutan udara di utara Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, fasa pertama projek berkenaan sedang giat dilaksanakan.

“Projek tersebut turut menjadi asas penting kepada pembangunan keseluruhan lapangan terbang berkenaan.

“Apabila siap kelak, kemudahan itu akan membolehkan pesawat lebih besar mendarat sekali gus meningkatkan dan memudahkan kesalinghubungan penerbangan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sungkai Ramadan bersama Persatuan Anak Jati Lawas di sini, semalam.

Sehubungan itu, seramai 55 penerima menerima sumbangan sempena majlis berbuka puasa tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim, warga emas dan pelajar tahfiz.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menghimpunkan anak jati Lawas yang menetap di sekitar Kuching dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jaringan komuniti serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat