ARTIKEL

BERSEDIA...Timbalan Premier Datuk Amar Sim Kui Hian (tengah) bersama barisan Projek Penjagaan Alzheimer Membina Sarawak Mesra Demensia

Fasa Pertama Projek Penjagaan Alzheimer Membina Sarawak Mesra Demensia berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Penjagaan Alzheimer Membina Sarawak Mesra Demensia mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan kesedaran dan sumber manusia yang lestari dengan fasa satu.

Rotary Club of Bintulu Central (RCBC) menerusi satu kenyataan berkata, usaha itu dipertingkatkan memandangkan statistik populasi warga emas di Sarawak meningkat secara mendadak.

“Di Sarawak, 12.7 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas dan 8.3 peratus berumur 65 tahun ke atas. Ini menjadikan Sarawak berada di kedudukan ketiga tertinggi di Malaysia.

“Statistik ini menekankan keperluan mendesak untuk sistem sokongan penjagaan demensia yang kukuh bagi menghadapi permintaan masyarakat yang semakin tua,” kata kenyataan itu.

Justeru kenyataan itu berkata, fasa satu akan menjadi asas utama inisiatif ini dengan melengkapkan komuniti Sarawak menerusi pengetahuan dan kemahiran mencipta ekosistem penjagaan lestari.

Katanya, fasa satu merangkumi beberapa bahagian bermula dengan kesedaran awam, seterusnya program latihan jurulatih dan latihan penjagaan komuniti.

Bagi kesedaran awam, kenyataan itu menegaskan siri webinar dari 18 Oktober hingga 9 November diadakan, sekali gus meningkatkan kesedaran dan memberikan maklumat penting kepada penjaga dan keluarga tentang penjagaan demensia.

Sementara itu, program latihan jurulatih menyaksikan RCBC menawarkan 128 slot percuma untuk latihan penjagaan demensia diperakui, dengan 64 slot diperuntukkan kepada profesional kesihatan dan 64 slot terbuka kepada wakil komuniti.

Untuk latihan penjaga komuniti pula, inisiatif ini dijangka memupuk kerjasama antara kakitangan perubatan dan jurulatih komuniti di samping mewujudkan sungai penjagaan yang menyokong setiap penjuru Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,