ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian PKP, Hospital Pengajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini. Foto: MOHD ALIF NONI

Fasiliti perubatan terbaik untuk warga emas — Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pusat Kesihatan Prima (PKP) dan Hospital Pengajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memainkan peranan penting dalam persediaan Sarawak menghadapi negeri tua menjelang 2028.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pusat kesihatan itu menyediakan teknologi canggih dan terkini yang boleh digunakan untuk mengenal pasti tahap kesihatan warga emas.

Perkara itu penting kerana populasi Sarawak akan mencecah 16 peratus individu berusia 60 tahun ke atas.

“Justeru, kita memerlukan fasiliti yang baik untuk memenuhi keperluan kesihatan warga emas. Alhamdulillah, teknologi yang ada di pusat ini dapat membantu menguruskan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian PKP, Hospital Pengajar, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, semasa diberi taklimat berhubung dengan kemudahan di PKP, beliau melihat kaedah dan mesin x-ray yang digunakan jauh berbeza dengan cara dahulu.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan, kemudahan yang ada di pusat perubatan ini jauh lebih maju.

“Saya juga berbincang dengan Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Hui Hian, tentang bagaimana teknologi masa hadapan boleh mengumpul data kesihatan kita melalui peranti perubatan moden.

“Data ini boleh dianalisa oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan punca masalah kesihatan dan merancang kaedah rawatan yang sesuai,” ujarnya.

Premier manandatangani plak perasmian. Foto: MOHD ALIF NONI

Dalam hal berkaitan, beliau berharap UNIMAS dapat menjadi peneraju dalam mengumpul dan menyatukan data dengan teknologi terkini.

“Ini akan memberi manfaat besar dalam pengurusan penjagaan kesihatan terutama sekali kepada warga emas,” jelasnya.

Dalam hal berkaitan, Abang Johari yang hadir turut menyempurnakan simbolik perasmian PKP tersebut yang dihadiri kira-kira 250 jemputan.

Pada acara itu turut menyaksikan UNIMAS memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Borneo Specialist Hospital Sdn. Bhd. dan turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik iaitu Hospital Universiti Perubatan China, Taiwan; Kolej Diraja Pakar Bedah di Ireland (RCSI) & Universiti Kolej Dublin, Kampus Malaysia dan SustaiNation.

Antara objektif utama pemeteraian MoU dan MoA ini adalah untuk menjalin pembentukan kerangka jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang, terutamanya berkaitan teknologi dalam bidang perubatan dan kesihatan, pendigitalan, hospital pintar dan kitar semula yang akan menyokong ke arah transformasi dalam sektor kesihatan. 
 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha