ARTIKEL

STESEN Pengecasan DC 120kW Fast-EV di Plaza Merdeka serta pengecas AC 22kW di The Waterfront Hotel.

Fast-EV dilancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aplikasi pengecasan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan SDEC Karuna JV Sdn. Bhd. (SKJV) iaitu ‘FastEV’ menjadi satu lagi detik penting untuk Sarawak dalam menggalakkan mobiliti hijau.

Pengurus Besar SKJV Muhammad Fai’zzul Zaidi berkata, langkah ini mencerminkan kemampuan Sarawak untuk berinovasi sambil menyokong matlamat tenaga bersih dan transformasi digital negeri.

“Fast-EV komited untuk menyokong visi transformasi tersebut dan bertindak sebagai pemangkin dalam merealisasikan hasrat Sarawak menjadi peneraju serantau dalam mobiliti mampan serta teknologi hijau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, majlis pelancaran itu turut menyaksikan pembukaan rasmi Stesen Pengecasan DC 120kW Fast-EV di Plaza Merdeka serta pengecas AC 22kW di The Waterfront Hotel.

Tambahnya, aplikasi ini bukan sahaja menandakan kejayaan teknologi baharu, malah melambangkan komitmen berani negeri dalam memperkasa ekosistem mobiliti mampan, digital dan rendah karbon.

“Fast-EV menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk mencari, mengaktifkan dan membuat pembayaran bagi sesi pengecasan melalui satu platform yang mudah digunakan.

“Inovasi ini menggabungkan fungsi moden dengan kepakaran tempatan, sekali gus memperkukuh usaha negeri untuk memajukan teknologi hijau serta memperluas penggunaan kenderaan elektrik,” katanya.

Selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030, SKJV diberi mandat untuk mempercepatkan penggunaan mobiliti elektrik di seluruh negeri melalui pembangunan rangkaian pengecas EV yang meluas dan boleh dipercayai.

Rangkaian ini akan memberi tumpuan khusus kepada laluan antara bandar yang menghubungkan kawasan berpenduduk dan pusat ekonomi utama di seluruh Sarawak.

Usaha itu dijangka membolehkan perjalanan antara bandar menggunakan EV dilakukan dengan lebih lancar dan disasarkan untuk direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Menjelang tempoh tersebut, sebanyak 400 unit pengecas EV dirancang untuk ditempatkan secara strategik di seluruh Sarawak sebagai sebahagian daripada rangkaian mobiliti hijau negeri.

Sempena pelancaran itu, pengguna baharu Fast-EV akan menerima kredit pengecasan percuma bernilai RM100 yang boleh ditebus melalui aplikasi Fast-EV, sah dari 17 November 2025 hingga 17 Februari 2026.  

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan