Fatimah lawat klien JKM

KUCHING: Menteri Kebajikan Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah melawat seorang klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Lorong Greenwood, di sini semalam.

Lawatan tersebut untuk melihat keadaan Nur Maleaki Ting Abdullah, 57 tahun yang kini terlantar sakit dan menghadapi kesukaran untuk bangun dan berjalan.

Sebelum ini, isu berkaitan Nur Maleaki pernah ditularkan dalam laman Facebook dan mendapat perhatian daripada pihak pihak termasuk JKM.

Lawatan tersebut turut disertai wakil Tabung Baitulmal dan JKM untuk menghantar bantuan seperti barang keperluan makanan asas seperti gula, beras dan sebagainya.

Dalam hal berkaitan, Fatimah sempat bercakap dengan Nur Maleaki tentang keadaan kesihatan yang dihadapinya.

Bantuan untuk Nur Maleaki juga akan ditukar di bawah Skim Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar JKM dan diberikan RM350 sebulan bermula Ogos ini.

Pihak Baitulmal juga memberikan bantuan sebelum ini kepada Nur Maleaki.

Orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya boleh menyalurkan di akaun miliknya CIMB: 7033733367 Nur Maleaki Ting Abdullah.