ARTIKEL

Fazley Yaakob mohon maaf isu DSV

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMESRAAN Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida (DSV) semakin mencuri perhatian, namun penyanyi dan cef selebriti itu kini memilih untuk lebih berhati-hati sebelum berkongsi detik kebersamaan mereka di media sosial.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkata, setiap kandungan yang melibatkan DSV selepas ini akan diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan apa yang dipaparkan tidak menimbulkan salah faham atau tidak sesuai untuk tatapan umum.

Katanya, perkara itu turut menjadi perhatian pasukan kandungannya yang akan lebih teliti dalam memilih bahan untuk dikongsikan.

“Keterujaan pasukan untuk berkongsi momen tertentu akan diperhalusi pada masa akan datang.

“Saya sebagai ‘bakal imam DSV’ akan usahakan agar ia lebih mencerminkan contoh yang baik.

“Terima kasih semua, doakan kami. Cuma bahagian DSV gelak saya tak boleh tau sebab saya suka,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Fazley turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf bagi pihak pasukan kandungannya berhubung paparan terdahulu yang disifatkan kurang sesuai untuk tatapan umum.

“Terima kasih yang mendoakan dia. Alhamdulillah dia dah pulih dan baik-baik saja.

“Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak pasukan kandungan kami.

“Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau menimbulkan spekulasi yang merosakkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazley sebelum ini tidak lagi berselindung tentang kemesraannya dengan Vida, malah mengakui hubungan mereka bukan sekadar gimik untuk meraih perhatian.

Sebaliknya, Fazley menjelaskan hubungan yang terjalin antara mereka lahir daripada keikhlasan, sekali gus menyebabkan kemesraan itu semakin mendapat perhatian peminat.

Mereka mula akrab selepas anak masing-masing, Cik B dan Fariedz, menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) kira-kira tiga bulan lalu.

Sejak itu, kemesraan Fazley dan Vida terus menjadi perhatian, terutama apabila kedua-duanya tidak kekok berkongsi detik kebersamaan dengan pengikut di media sosial.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU