ARTIKEL

TANGKAP LAYAR… ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Fazzrudin Hargai Usaha Media Pastikan Maklumat Inisiatif Kerajaan Sampai Kepada Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman memohon agar kerajaan memberi perhatian kepada rakan media semasa sesi penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu.

Menurutnya, media bukan sahaja berperanan menyampaikan maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat, tetapi juga memastikan masyarakat dapat memanfaatkan bantuan, insentif dan biasiswa yang disediakan.

“Wajar untuk memberi perhatian kepada usaha keras media dalam memastikan maklumat sampai ke peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas RUU Pengurusan Sumber Lestari dan Sisa 2025 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada persidangan DUN ke-19, hari ini.

“Maklumat yang ingin disampaikan oleh kerajaan dapat dimaklumkan kepada ahli keluarga yang berkaitan, sekali gus memberi mereka maklumat berkaitan bantuan, inisiatif dan biasiswa yang disediakan kerajaan,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan media kerana bekerja keras untuk memastikan maklumat sampai dan dimanfaat rakyat di negeri ini.

“Sudah tentu nanti Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan sesuatu untuk kakitangan awam kerajaan kelak.

“Saya mohon agar pertimbangan kepada rakan-rakan media kita juga akan diberi perhatian kelak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di